oh aku bukan malaikat!

hisapi bau bangkai babi itu..
kau lapah.. lalu muntah..
"taik" ahh..
sangat kotor bilik ini..
melucah buat aku terfikir tuhan aku..

sekarang waktu subuh.. apa ia tetap segar..
seperti waktu nyenyak aku di selimut
dengan sekujur tubuh dosa..
lepas dan melepas kan..
sama ia tetap sama ..
perittt... dan jerittt..
babi betol "waktu".. kau lah syaitan..

oh lepas..
tolong.. aku melolong..
tuhan lepas aku.. aku bukan malaikat...
lepas....

tersedu aku.. depan .. dan belakang.. yg hitam
tarikan ini amat nikmat..
terbang lalu hilang lah waktu itu untuk aku

by : artxcore
-------------------------------------------------------------
kenkadang aku begitu benci keadaan so'sial' aku.. aku dur jana pada kehidupan.. aku bosan sepanjang hayat.. aku susah nak berfikir secara tegak... hidup songsang.. arghhh maner aku !!!!adakah aku terlekat pada suatu detik masa dan takut tuk mundur dan maju.. bosan bosan.. maner tuhannn... maner malaikatttttt... nie jerit aku...

di petik dari blog myspace aku.... kata2 lama ini..

AKU MAHU MATI SERIBU KALI!

mengantung setiap saat nafas ku..
agar aku terbang tinggi dan jatuh menghempas bumi
saat mati ku idam kembali..

by : artxcore

----------------------------------------------------------
cerita tentang kehidupan seorang yang telah GAGAL menemui tuhan dunia nya!!! puisi ini sudah lama terjumpa kembali dalam blog myspace aku.. heheh saje post

tiada tajuk

dalam detik-detik tua
aku labuh kan sajak sayu
dalam pengiraan biji tasbih
aku adalah umat yang ketinggalan angka-nya
tuhan beri kemiskinan jiwa pada aku
di antara malam yang penuh ini
kau lah kejutan itu..
sekian lama tak berumah
hampir setiap dugaan lalu
melumpuhkan daya aku mencari sesuatu
tapi
kau lah kejutan itu...

kejutkan aku dari
gelap.
tidur.
untuk melihat sang suria.

by : artxcore