Indah Minda

kekadang ia
bersih minda nya..
kekadang ia
tercela hitam di dalamnya..
kekadang ia
terpadam supaya tiada...

tapi tetap semua kejadiannya indah..
seperti suatu institusi khayalan..
kita adalah bumi diri sendiri...

ia banyak mengajar
walau. baik dan buruk
ia petunjuk
mahu. baik dan buruk

by : artxcore

angan jendela

dalam termangu, hati terus menyilu
khusyuk nya memeluk tubuh
biar pun hanya...
angan yang mendatang
terbayang & melayang
sinar bulan terang
indah sampai ku mengarang
cinta terlarang

di balek kabus,
ku mahu gengam tangan mu
peluk tubuh mu di waktu dingin menyerap
terusan aku menyebut nama mu
ceritanya indah dan tidak berwaktu
tiada hari yang akan menjelang..

deru - deru angin malam,
khayal aku bersama kamu
gembira aku seindah tawa mu
dalam gelap aku hanya melihat kamu
dalam lafaz hanya meluah bayangan mu
aku mahu terus menari dan mengucup tangan mu
terbaring di padang yang luas melihat awan
lupa.. lupa tentang waktu..
waktu yg tiada apa - apa

dari sudut jendela..
berkepol - kepol asap rokok
aku suarakan..
terima kasih tuhan atas khayalan
dari kebenaran rasa..
harap esok masih ada untuk
mengelamun tentang
cinta yang terlarang

by : artxcore

aku di mana?

aku ini dimana?
mungkin di rumah,
mungkin di tepi jalan
mungkin di dalam bilik mandi...
tahukah aku berada dimana?

aku mungkin di syurga,
mungkin di neraka..
mungkin aku melihat beribu kematian
mungkin aku sedang menerima berjuta ujian..
beritahu aku berada dimana?

aku mungkin masih di dalam rahim seorang wanita
mungkin di dalam botol minuman keras..
mungkin di dalam mangkok tandas..
mungkin di tepi tong sampah..
layakkah aku di mana-mana?

aku mungkin di atas pokok
mungkin di dalam kandang
mungkin di atas bukit sedang menyalak
mungkin di dalam kuali hangus di masak
mungkin di lautan dalam bersembunyi di balek lelumut
kajadian aku, ENGKAU letakkan di mana?

aku mungkin di dalam hati seorang insan
mungkin di ranjang sedang di buai nafsu
mungkin di balek pintu besi yg berjanji akan memukul ku
mungkin aku seorang bapa
mungkin juga aku seorang ibu
terimalah aku yg berada di mana-mana!!

by : artxcore

hasrat sesat

sepi ku rasa
menyabut hari demi hari
aku tunggu dan menunggu
bagai bertaburan kaca yg pecah berderai
hasrat yang menyesat
tiada guna..
selamat tinggal semua

by : artxcore