IBU DUNIA KU !!

ibu,
tubuh mu lusuh, berlubang, berdaki, kotor.
nafas mu berbau busuk hasil dari bangkai yang kau lahap
air susu mu basi, racun, penuh sisa toksik
bulu jembut mu berselirat, bercabang, berakar menjalar tidak terjaga

ibu,
anak-anak mu, membenci dan tidak menghiraukan kamu
anak-anak mu, bukan sepatut kau lahirkan dan menjaga makan dan minumnya
anak-anak mu, bakal memusnahkan diri mu..

by : artxcore

Cinta Alam berMaya

dalam kebisingan memekakan telingaku
di bual khayal oleh potret mu;
makam yang tersemat dalam perut komputer ku.
khabarnya aku merindui kamu !!
setiap detik itu bertukar
aku lena dalam angan ku
seolah kamu di hadapan ku
dan telah ku dakap erat tubuh mu
leka, dan leka, dan leka.......

kamu telah buat aku berdusta pada waktu!!

by : artxcore

bibi [ NOTA BUAT DIA ]

masa itu kita
angin itu kita
cahaya itu kita
rasa itu kita
air itu kita
tanah itu kita

bibi,
aku tidak penat mencintai mu...

seperti masa yang terus berlalu,
seperti angin menghanyut rindu,
seperti cahaya yang kau beri pada ku,
seperti rasa yang tak pernah jemu,
seperti air mengalir dalam tubuhku,
seperti tanah sumber kewujudan aku.

by : artxcore

Menjadi yang terbaik?

emosi ku, hilang dari radar nafsu
jerit inspirasi ku, meraba mencari ketulusan
lidah di gigit
nadi di sekat
nyawa melayang
aku terbang........

peti ini masih bicara,
taktala aku sedang meraba makna,
aku patah, penat, keringat yang perlu di ubat
aku mahu rehat.....

by : artxcore

Onani Jiwa Sunyi !!

aku rasa murah yang amat,
hati begitu sunyi...
cinta racun,
bagi mendesak segala perlakuan,
penyiksaan berterusan;

luka SERING !!!
nangis SERING !!!

minda aku lekang, lepas dari dunia
terbang angan jadi kenyataan,
ghairah aku goncang laung nama persahabatan,

leka dan leka.
tunggu dan tunggu.
keras dan keras.

by : artxcore

Mencintai DIA

aku masih bernyanyi walaupun bisu hati ku,
aku menulis puisi yang di pijak saat ku lelapkan mata,
aku dahaga mimpi hingga tidur tak pernah menghampiri,
aku masih terbang dan tak pasti bila akan pulang.

by : artxcore

Manusia Baru!

Terbitkan aku menjadi manusia baru,
Tanpa segaris dosa, setitik noda,
Usah biar aku ditunjangi
Dengan unsur-unsur celaka,
Dengan busur-busur kebiadapan
Tepat mengena sasaran kehidupan.

Sekonyong-konyong datang kemanusian,
Mewarnai setiap rongga dan gumpalan otak,
Berkhalwat dengan hati, berzina dengan perasaan,
Bergelumang kemanusiaan,
Tanpa ingin meludah muntah,
Tanpa perlu merobek mencekik!

Menghidupi kehidupan misteri mistik yang hanyir,
Tanpa bait-bait puisi yang membenci,
Tanpa perlu jasad-jasad dimati,
Tanpa perlu berdarah untuk bebas!
Aku berharap mereka kau dan aku,
Terlahir sekali lagi menjadi,
Manusia baru!

by: i'm a dreamer

Kononnya Chenta Agung!

Bukan kelmarin, bukan kelmarin,
Tapi lama dulu,
Cerita tentang keagungan chenta berahi,

Berikan aku racun biar mati,
Asalkan kau aku selari.

Jangan!
Jangan hancurkan perasaan suci,
Yang kononnya suci,
Adakah suci?
Atau nafsu berahi?

Terjah hati menyendiri,
Berdiri sendiri aku sepi,
Mana satu perlu kudapati?
Nafsu atau chenta suci?

by: i'm a dreamer

lorong cinta si pemabuk agama !!

suara itu kacau,
kecamuk hampa dan terdampar,
menari busuk didalam dada,
sambil menelan pil-pil khayal,
aku di lambung tinggi,
di goyang nafsu gila,
mencipta kenanggan sepi,
lalu di lilit ghairah hina..

senja itu muram,
menurunkan hujan,
telah mengaramkan doa oleh,
para-para malaikat yang beronani,
bersama dosa tidak terlihat,
terus alpa dimana tuhan,
melukis cinta rakus nya syaitan,
di pesta ke-bogel-nya kemanusiaan..

lalu ku,
ramas payu dara mu,
nyonyot kelentit mu,
habis basah;
malam itu sungguh tamak,
mengcengkam tangan ku dari membaca kitab-kitab,
menghanyutkan aku dari membezakan jesus dan musa,
terbuka lapang dada ku; "aku mati di situ"
.. pudar dari cakrawala,

subuh ini, bagai sedar ku,
mendengar syahdu azan,

aku si penjilat dosa!
hilang dari ilusi syurga dunia,
menari songsang atas nama cinta,
memuja romeo "si bodoh" yg mati kerna kasihnya..

by : artxcore