manusia robot

ajari aku wahai anjing masyarakat
menarik keluar nyawa suci dari jiwa raga ku
masukkan pula sel - sel dogma karut mu dalam tubuh ku
maka aku jadi seperti yang kau mahu
aku robot yang makan hanya kehendak mu
kau robot yang bersetubuh hanya cara mu
mereka robot yang berilmu hanya dari mu

Tuhan itu masyarakat.. masyarakat itu tuhan

by : artxcore

-------------------------------------------------------------
maaf kiranya menyentuh agama.. tapi aku sama sekali tidak membenci agama.. cuma ini cara nya kehidupan kita yang bertuhankan pada masyarakat... masyarakat yang deal apa kita perlu lakukan... apa yang benar... dan hilang nya kebebasan berfikir dan mencari tuhan sendiri... aku cuba keluarkan diri dari menyembah tuhan yang hanya aku kenali dari keturunan aku.. bukan dari diri aku sebenar...

4 comments:

Anonymous said...

Tuhan kita adalah ALLAH... sembahlah DIA, pasti akim akan jumpa cahaya yg akim cari..

Anonymous said...

Kepala bapak kau... Lu ingat lu punye sajak2 tue bermakna ke..? Mcm kepala bapak kau punye anjing je.. Kalo wa jumpe lu, mmg wa nak bagi penyepak sekeping.. Penerajang 2 keping.. Mcm bangsat je lu punye muka.. Haram jadah betol..

Anonymous said...

iya..manusia lebih takutkan manusia..apa yang manusia buat manusia lebih fikir "nanti orang lain cakap ape plak"
mereka tidak fikirkan kemurkaan,balasan,hinaan Tuhan pada mereka..
saya setuju hakim!

Anonymous said...

"kenal diri, baru kenal tuhan." AHAHA. apa yang membezakan manusia dari robot ialah, akal dn nafsu. apa yang membezakan masyarakat A dan B adalah agama dan dasar moral. saya tidak suka kekangan masyarakat, saya bukan "religious", saya juga inginkan kebebasan dan negara utopia. tapi itu semua tidak wujud.

anyway, mungkin org akan sedikit salah faham dengan puisi ini dengan line terakhir anda. "tuhan adalah masyarakat -- masyarakat itu tuhan".

saya faham, anda tidak menyamakan zat tuhan dengan zat masyarakat. tidak juga anda bandingkan sifat tuhan, dgn sifat masyarakat yg tidak pernah sempurna itu. itu secara metafor.

cuma, ia menjadi isu, apabila ia digantikan begini "ajari aku wahai anjing tuhan", which implies orang yang too religious, adalah ajing tuhan. AHAHAHA.

sebenarnya, saya sgt memandang tingi alim ulama'. bukan org yg kononnya "alim"/"mengetahui" tetapi bodoh.

itu sahaja beb.