gagal mengejar detik waktu

waktu adalah detik yang tetap,
berulang-ulang angkanya
biarpun suasananya berbeza.

setiap detik waktu itu lah,
manusia
masih lagi sangsi,
masih lagi menari,
masih lagi menghindari
kiamat PAHALA.

tamatkan manusia suci,
tamatkan manusia dunggu,
tamatkan manusia yang berilmu,
buktikan waktu mampu
membeku segala perilaku.

sudah cukup pada manusia
yang telah hilang JIWA RASA.

by : artxcore

5 comments:

Sarah Iqbal said...

mengapa harus tamatkan manusia suci?

define manusia yang telah hilang jiwa rasa.

sekian terima kasih. =)

pemusnah makna said...

manusia turun ke bumi berfungsi untuk menamatkan manusia yang lain.. tak kira suci dunggu atau pun cerdik..

manusia yang hilang jiwa rasa.. manusia yang duduk di suatu kelompok masa yang berulang2 setiap agenda nya.

------

setiap pembaca mempunyai berbeza pendapat ttg hasil penulisan seseorang.. so fahami dalam bentuk kamu.. itu sudah cukup.. tak kira ia baru atau buruk :)

Nurul Hana Zakariah said...

x pernah ada yg mampu mengejar waktu..
kalaw boleh waktu tuh di kejar, di manipulasi and di monopolikan, mesti banyak perubahan dlm hidup manusia...

and...
aku juga da hilang jiwa rasa...

pemusnah makna said...

oh begitu ke..

:)

tapi jika kita di beri peluang untuk kembali ke zaman silam.. masih belum tentu ada perubahan kepada diri kita yang kita berjaya lakukan :P

:d

Anonymous said...

ah xphm ar aku...