dapat kah aku menyampaikan khabar pada telinga mu
tentang penantian.. kesunyian.. kesakitan
tanpa jemu yang wajar datang menjamu
membawa derita satu kesedaran yang terungkap
dari nafsu yang tak tercurah..
ini lah yang di beri kan
ini lah yang di pulang kan
ini lah yang di takdir kan
ini lah yang di pasti kan
tiada keajaiban yang datang membuat aku kaku
yang mahu buat aku memilih
cerita pahit atau menghilang penyakit jiwa
teguk lah hitam nya hidup-hidup mu
biar ia melintasi segalanya
jika itu ubatnya
kebenaran adalah ketakutan sebenar manusia
manusia bukan lah tuhan kepada nya
manusia bukan lah bahagianya kepada nya
manusia bukan lah pelindung kepada nya
manusia bukan lah cinta kepada nya
yang bernama cinta
selamatkan aku sang malaikat
dari kebenaran yang datang menyakitkan
dari derita ilusi yang mengkhayalkan
cerita cinta seorang lelaki pada
imaginasinya atau insan yang belom pernah lahir
hilang dan mati dari
impian dan cinta
yang selalu menemui
kegagalan.
by : artxcore
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
cinta kadang kala mmg menyakitkan
cinta yang agung adalah cinta yang terlarang.. kerna banyak cerita didalam nya
Aku tidak kenal kamu, tapi aku sering membenarkan kata2mu. Aku tidak tahu kamu, tapi aku seperti memahami kamu. Kerana, dari tulisan bisu ini, luahannya sama seperti aku....
kadang2 imaginasi lebih indah dari kamu melalui nya sendiri kerna kadang2 cinta realisitik itu sakit !
aku suka ini. bukukan kalau dah byk.
Post a Comment