muntah segala isi,
kenapa perlu kau sumbat sedangkan aku menolak ia keluar?
kematian suatu yang pasti,
namun tidak perlu kau jolok ia tepat ke rohani nipisku,
mahu tidak mahu aku teruskan hadapi,
jika tidak hari ini, mungkin hari selepas hari ini
terbusuk!
mampukah bersembunyi dan terlepas-lari dari kebusukan?
atau perlu wangi aku curi?
aku mati dalam kematian yang dipaksakan
by: i'm a dreamer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bagus sekali puisi ini.
"aku mati dalam kematian yang dipaksakan"
saya pernah rasa begitu!
Post a Comment