bertahan

ianya sedikit-sedikit..
hilang berterabur, pecah-pecah..

lalu... hilang

aku berlari-lari, cuba..
cuba menangkap cebis-cebis itu,
duduk di hujung sudut dunia,perlahan-lahan aku rangkum,biar besar..
biar menjadi besar sebesar cakerawala diantara dua dimnesi yang berselisih

gerun aku berdiri pegun diantara realiti absurditi dan kenyataan realis.
seperti menarik-narik, kadang-kadang terlepas..
selaluunya terlepas

di mana pergi hilangnya ia ia dulu,
yang pernah menjadi kertas-kertas dinding melatar diantara sedihnya sejarah dan girangnya esok hari?
yang pernah menjadi runut-runut musik sepanjang meraikan ia ia, dan ia?

walaupun sekejap..
walaupun sekejap..

aku kini tersangkut pada sebuah jalan yang sudah hujung.. sedikit hujung..

bolehkah ia diperpanjang? diperluas? diinfinitikan?
mampukah ia diperpanjang? diperluas? diinfinitikan?

masih ada.. cukup untuk bertahan mungkin?
setakat ini mungkin?

mungkin aku tak perlu ada, mungkin ini kesilapan takdir..
bukan takdir aku disini, melekat, melukut
seperti lalat-lalat yang menjengkelkan kepala?
atau nyamuk yang terngiang-ngiang di telinga?

sigh

4 comments:

Safwah Shahperi said...

Hey, nice blog!
Follow my blog too:
www.safwaezaty.blogspot.com

Thanks :)

semut api said...

mantap bro...

Nveil said...

absurditi??

Fatimah Ali said...

very nice :)