m0ralis statis

tidak sedarkah kau,
aku tidak sesempurna malaikat,
tidak juga aku seperti bayi yang baru menjengah dunia,
yang maseh terlekat darah merah melekat,
nafsuku tidak akan mungkin dapat disekat tersekat,
matikan otak, biarkan hati terkerat,
jiwa ditampal, pandangan digelap malap,
mulut bungkam dicengkam,
urat sendi dibacok ditikam,
sesungguhnya aku bukan seorang yang mudah ditenang tenteram.

"Sial kau!"- suara suara manusia,
yang teguh memegang adat,
sang moralis kental padat,
mengikat daulat,
sentiasa menginginkan aku,
bajingan yang dilaknat,
berakhir di neraka-neraka yang menggelegak.

carutlah aku!
makilah aku!

sumbatkan aku moral-moral sampahmu!
agar aku terus sebu sebal dengan subjektif normatifmu,
dan biar aku menyelusuri berdogmatik,
dan terus berhenti berdialetik matematik,
berhenti berinsureksi,
minda dienjak-enjak dan akhirnya...
mati berpuisi sendiri... BASI!

by : i'm a dreamer

kebenaran diri

hidupku adalah..
warna yg terbentuk dari simboliknya harapan dan waktu..
dalam tubuh ku yg keras mengkaku..
satu suara suram menyalak seperti anjing kurap..
kedengaran dari lorong-lorong hati..

masih terlalu awal mengharap kematian dari nyawa yg liat..
namun terlalu senja utk aku bertahan bagai tiada mentari esok hari..
nafas ku makin hilang..
diri ku mati sebelum larinya roh jasadku menemui ujian..

makin lama aku rasa ada kebenaran ungkapan dahulu kala
betapa nilai seseorang amat terasa apabila dia tiada

by : artxcore

alangkah letih aku mengulangi langkah mu

aku dari kisah yang mati kenikmatan nya
terdampar di daerah yang tandus
penuh darah dan air mata
diberi godaan penuh, menempuh
anugerah nafsu berjanjikan suatu kekesalan
agar aku mati, keras hati ku di perkosa
oleh pahala kertas buatan syaitan yang hidup
di kalangan para khalifah..
yang memimpin kearah neraka atau pun syurga
khayalan manusia bangsat..

by : artxcore

tika hati ku lahir kembali

setiap kepastian ku mahu luluhkan
merebus kering setiap kemungkinan
ku patahkan kaki huruf.. ku koyakkan mulut angka..
ku butakan segala makna.. aku mahu ragu itu menjadi raja..
harus aku menjilat duka.. memberakkan segala kematangan
air mata ini panas membakar setiap sel otak ku..
ombak hidup pada laut yg luas berdusta
berpaut pada pesisiran pantai.. menarik setiap butiran derita:
aku terhasil dari setiap pixel potret suka duka..
aku di hitung melalui jumlah daunan pepohon setiap hektar..
aku masih bertapa di kuil derita...

datang persuruh mu tuhan.. bagi menghilang kelupaan
mengajarku meludah kata-kata..aku akan terus lahir
tanpa ibu ku Maryam..

kata aku kepada malaikat..
"jangan kau cuba lukiskan cinta sesat ku ini.. aku mahu pulang"
ku ingin melangkah sebesar dajal merintasi
isi perot bumi.. ku mahu hirup sungai syurga tika waktu dahaga..
biar derita melalui setiap rongga tubuh ku..
dan melepaskan aku dari dogeng minda syaitan..
yang memeluk jiwa ku..

potret-potret karya agung dari neraka .. mulai
maki setiap insan yg melihat nya.. oh tuhan
izinkan aku memati kan anggota ku

harus
tangan ku mati
telinga ku mati
kaki ku mati
mata ku mati
hidung ku mati
jantung ku mati
alat sulit ku mati
rambut ku mati
kuku ku mati

maka
tinggal kan aku satu.. hanya hati..
agar aku boleh merasa diri nya..

by : artxcore

padam kan aku

pagi, sedingin itu hati ku meremuk telanjang
memberitahu angin ini khabar untuk kau
ketahuilah
sedalam rasa itu
aku belom lahir untuk bercakap

ini pesta salah ritma nya
telan aku dosa - dosa yg hina
tarian yang di persembahkan di kalangan yang mati
mati akal - mati jiwa
maka aku teruskan pembunuhan
hingga tangan ini di rantai
oleh luka dan penat
yang hanya mahu ghairahnya

aku memperkosa keimanan
aku memperkosa ketuhanan
aku memperkosa kepercayaan
aku memperkosa kehidupan

lalu..

aku mabuk tuak kesialan
aku mabuk penipuan
aku mabuk pembunuhan
aku mabuk dan terus mabuk

apakah kematian suatu ketenangan?

by : artxcore

abadikan roti kosong di dalam perot ku

kelaparan maut di tangan yang mengilis diri sendiri
menikam ibu yang menyusukan
malam ini menjadi kering tanpa embun jantan yang selalu aku leka di selimutinya
semput dan lelah aku membaca kitab duniawi
cukup jangan dendangkan

roti canai @ roti kosong
ah!!! perot ku lapar
kudrat hina ku ini
anugerah sampah kertas dunia
kafankan aku dengan wang mu

CILAKE..
aku terdengar laungan abadi dari ronga mulut arjuna
"oh cinta ku pada mu sampai mati, percayalah ia kekal ABADI"
ah!!! aku pelacur pikir ini kah?...
percaya - aku - abadi
gila...

hati memang sendang mengila...
aku laung
tuhan telah mati?

esoknya

pasti aku hidup kembali menghirup kejahilan
pasti ada yang menemani ditepi aku
sejarah di catat serta tercatat
hari - hari
lalu kau muntahkan melalui buntut mu..

terfikir

apakah ada malaikat yang akan datang cuba membuka dada
membantu aku mengucap kalimah - kalimah yang indah
lalu boleh lari kerumah, dan minta di selimutkan..

ah!!!! itu NABI

aku?

by : artxcore

mahu dan tidak mahu

apa yg perlu dan tidak perlu...
aku persoalkan pada diri aku sendiri..
agar tidak terluka.. hina.. mati.. dan tak kembali..

aku tidak memohon tuk hilang segalanya..
jika aku rapuh tuk berdiri..
ingatkan lah.. berikan lah...
cahaya...

aku hidup bukan redha untuk membazir..
aku hidup bukan untuk menyalahkan..
aku hidup bukan mengharap ia kembali..
aku hidup bukan tidak merasa..
kehidupan...

melayang jatuhnya peringatan dari langit..
cukup ianya sudah cukup..
beri peluang tuk pelajari dunia...

by: artxcore

hey-oo let's go !!

yey. aku ade blog.. dulu aku mempunyai blog juge tapi cam haram akibat kemalasan yg begitu meluap2 melanda setiap salur darah ku.. maka blog itu tak update.. sehingga tak ingat username.. oh ya nama aku hakim boleh panggil aku ape jerk korang nak..

tujuan aku tulih blog nie tuk di isi dgn bebelan sial berkisahkan perjalanan dan pemikiran manusia iaitu [diri anda] yg tidak perlu di sekat suara nya, yg sungguh gian tuk meludah setiap wajah2 yg suka mempertikaikan...

sekian terima penampar !!!